Monday, 12 April 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

Semalam adalah semalam..
Namun, semalamlah yang banyak membuatku berfikir dan berzikir..
Semalamlah jua membuatkan aku terkenang..
Semalamlah jua memberikan aku inspirasi..
Dan semalamlah jua menjadikan aku lebih tabah daripada hari-hari sebelum semalam..

'Salam.. Syafuad, nk join aku ke Kursus Pengurusan Jenazah?'
Sender: Amir

Sedang aku melayari bahtera internet, tiba-tiba sahaja satu mesej ringkas masuk.. Kursus Pengurusan Jenazah? 'Rasanya, dalam kursus tu akan menunjukkan cara-cara memandikan dan mengkafankan jenazah.. Aku pun dah lama tak memperdalami bab pengurusan jenazah.. Baik aku join, alang-alang tak buat apa-apa kat rumah waktu hujung minggu ni..' Dengan berbekalkan semangat dan rasa ingin menambah ilmu yang sangat sedikit di dalam dada, aku terasa berkobar-kobar bercampur gementar dan sedih.. Apa tidaknya, kursus ini akan memperingatkan akan kematian yang tak lama lagi menjemput.. Seharusnya, kuperbetulkan niat dahulu agar berobjektifkan ke arah penambahan iman dan taqwa kepadaNya serta memperoleh redhaNya.. Mempelajarinya adalah Fardu Ain, tetapi mempraktikkannya adalah Fardu Kifayah.. Azam aku waktu itu, semoga aku dapat berbakti kepada ummah dan masyarakat sekeliling suatu saat nanti..

Kami berdua, aku dan Khairul Mohd Amir, telah berangkat ke tempat program seawal 7.30 pagi menaiki Perodua Kelisa yang dipandu oleh KMA sendiri.. Agak payah untuk mencari tempat program tersebut dijalankan.. Setelah 45 minit, akhirnya kami sampai ke Surau Nur Falah, Taman Sri Stulang.. Alhamdulillah.. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor (KEMAS).. KEMAS telah lama berjasa kepada masyarakat negeri Johor khususnya.. Aku bersyukur dapat menyertai salah satu program yang dianjurkan oleh KEMAS.. Tambahan pula, tiada apa-apa bayaran yang dikenakan dan ianya adalah Taman-taman Syurga di dunia ini kerana ia adalah sebuah majlis ilmu yang sangat digalakkan untuk diadakan.. Kursus ini dirasmikan oleh wakil rakyat Parlimen Johor Bahru sendiri, iaitu Y.B. Datuk Seri Utama Hj. Shahrir bin Hj. Abdul Samad.. Sangat gembira berjumpa beliau kerana beliau adalah seorang yang dikagumi rakyat atas keprihatinan beliau terhadap masalah masyarakat di Johor Bahru.. Peserta program juga memenuhi venue.. Kelihatan ramai anak-anak muda yang menyertainya, tidak terkecuali warga-warga emas.. Alhamdulillah..


Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Bilal Shafie bin Adnan, Bilal Masjid Kg. Melayu Majidee.
Pada slot pertama, kami diterangkan cara-cara menguruskan jenazah sebelum dimandikan dan ketika dimandikan.. Rupa-rupanya, sangat sedikit ilmu yang aku tahu tentang pengurusan jenazah.. Ada yang haram dilakukan ke atas mayat seperti meletakkan Al-Quran ke atas jenazah dan adab-adab menguruskan jenazah seperti menjaga aurat jenazah dengan sempurna..
Tuan penceramah adalah seorang yang banyak pengalaman dan berkecimpung dalam bidang memandikan dan mengkafankan jenazah selama 30 tahun.. Bekerja sebagai pemandi mayat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.. Pada slot kedua, kami ditunjukkan cara-cara memandikan mayat bermodelkan seorang anak muda yang sangat berani.. Aku diberitahu, untuk menjadi model jenazah dalam kursus seperti ini perlukan kekuatan rohani dan emosi.. Mengikut pengalaman Tuan Bilal, ada yang telah meninggal dunia selepas sebulan setelah menjadi model untuk dikafankan.. Mungkin individu tersebut tidak kuat semangatnya dan akhirnya meninggal dunia.. Semoga Allah merahmati beliau..

Apa yang aku dapat melalui program selama 4 jam ini? Banyak.. Ilmu, kefahaman dan peringatan..


Ilmu:
#Adab-adab dalam menghormati jenazah..
#Cara-cara memandikan jenazah secara lebih terperinci..
#Cara-cara mengkafankan jenazah..
#Perkara-perkara yang sunat dilakukan dan haram dilakukan semasa menguruskan jenazah..
#Cara-cara menguruskan jenazah yang tidak normal..

Kefahaman:
#Keperluan kesempurnaan pengurusan jenazah..
#Tanggungjawab sebagai penziarah dan waris si mati..
#Ilmu yang disampaikan..

Peringatan:
Aku rasa kerdil apabila mengikuti kursus ini.. Allah jualah yang superior.. Kematian bila-bila masa akan menjemput.. Tidak kiralah muda mahupun yang tua seperti buah di pohon kelapa yang gugur buahnya tidak mengira yang tua ataupun yang muda.. Ya Allah, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan.. Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah.. Rasulullah telah bersabda:

Perbanyakkanlah oleh kamu mengingati akan mati kerana mengingati mati itu boleh menghapuskan dosa dan menjadikan orang yang mengingatinya zuhud di dunia.

Apabila seseorang itu ingat kepada kematian, dia akan:
@Sentiasa bersedia melakukan amalan soleh..
@Menjauhkan diri daripada kemungkaran..


Telah berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah:
''Orang yang mengingati mati itu akan mendapat dua faedah daripadanya:
1. Pendek angan-angannya terhadap kesenangan dunia yang tidak memberi faedah baginya di akhirat kelak..
2. Rindu dan ingin kepada akhirat.."

Kami juga diingatkan bahawa menjadi waris si mati sangat perlu kepada ilmu dan dipertanggungjawabkan untuk memandikan jenazah.. Aku sedih kerana tidak berkesempatan memandikan jenazah abah dahulu.. Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari UIA Petaling Jaya ke Johor Bahru tidak mengizinkan aku memandikan abah.. Alhamdulillah, abang turut memandikan jenazah abah di hospital waktu itu.. Aku juga bersyukur dapat menatap wajah abah kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah abah di rumah dan turut serta dalam pengebumiannya.. Rupa-rupanya, yang memandikan jenazah abah bersama abang di hospital ialah Tuan Bilal Shafie bin Adnan, Tuan Penceramah.. Terima kasih Tuan Bilal!

(Al-Fatihah untuk Arwah Ayahandaku, Mohamad Yahya bin Kasta.. Semoga beliau tergolong dalam golongan yang beriman dan dijauhkan dari seksa kubur.. Amin..)

2 comments:

dakwatunnisa said...

Teruskan usaha akhi untuk mendalami ilmu ini. Anak muda kini jarang ingin mempelajarinya kerana mengambil mudah bahawa ini kerja2 orang tua. Jika generasi muda tidak mempelajarinya bagaimana nasib bila mereka dah tua?

sYaFuaD said...

InsyaAllah.. Atas kaca mata tarbiah diri ni lah ana cuba utk memperbaiki setiap kelemahan diri untuk kemaslahatan Ummah.. Semoga kita sama2 terus istiqamah dlm jalan menuju keredhaanNya.. Ana sedar, masyarakat islaM sering memandang remeh perkara2 asas sebegini.. Dikatakan, "Ala, Fardhu Kifayah.. Diorang kena buat, kita tak payah.." Sepatutnya semua orang perlu belajar.. Ianya Fardhu Ain kpd stiap mukallaf utk mempelajarinya..

Related Posts with Thumbnails