Saturday 22 January 2011

Kasih Sayang Penghubung Hati..


Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian yang ingin dikongsi.. Beberapa minggu meninggalkan blog kesayangan tanpa post terbaru, tidak bermakna melupakannya.. Walaupun idea sentiasa mencurah-curah untuk melayan jari-jemari untuk menari di atas papan kekunci laptop, tetapi kekangan masa menjadikan ianya hanya sebagai idea yang belum dapat disampaikan.. Kesibukan yang boleh dikatakan agak sibuk.. Kuiz2 yang berterusan seperti air sungai yang mengalir dan juga aktiviti2 yang perlu kuikuti bagi mentarbiah diri ini.. Semoga thabat dalam menyampaikan ilmu.. Saya sayang semua saudara2 saya.. =)

Sumber: JAKIM


Islam Mementingkan Kasih Sayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani

Huraian
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Wednesday 5 January 2011

Satu Tekad...

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic


Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

----------------------------------------------------------------------

Lagu Satu Tekad nyanyian kumpulan UNIC ni adalah lagu kegemaranku yang tak pernah pudar daripada ingatan.. Setiap bait lirik kuingati dan kuhafaz sejak di menengah bawah lagi.. UNIC is one of my favourite Munsyid.. Hampir kesemua lagu mereka kuhafaz... Masa dulu2 pun, aku dan kak Ieda sangat2 lah minat UNIC ni.. Apabila ada album baru je, mesti tak lepas daripada membeli.. Inteam pun sama la jugak..

Apa istimewanya lagu Satu Tekad ni? Mestilah daripada bait2 liriknya yang memberi kata2 semangat yang berpaksikan Iman dan Ruh Islam.. Apabila rasa malas je, dengar balik lagu ni.. Sangat memotivasikan.. ^_^


Sunday 2 January 2011

Islam a Holistic Way of Life..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, sahabat2ku dan saudara2 seIslamku.. Semoga dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya.. Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada semua.. Alhamdulillah, kita dapat berjumpa di tahun yang baru ini.. Maknanya, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk kita menambah amal2 soleh dan kebajikan dan jugak untuk kita mengimarahkan Bumi Allah ni dengan menegakkan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah..


Baru2 ini sahabat2 saya telah menyertai Program Jejak Belia Metropolitan di sekitar KLCC sempena tahun baru.. Alangkah bertuahnya saya jika dapat bersama mereka.. Tetapi tujuan mereka adalah untuk mendekati anak2 muda dan masyarakat di ambang tahun baru.. Bukan untuk bersama menyertainya.. Melihat keadaan anak2 muda terutama Melayu Islam pada tahun baru ni sangat2 lah menyedihkan.. Arak di tangan, pergaulan bebas.. Rasanya kita semua dah tahulah bagaimana gambarannya.. Andai Nabi masih ada, tentu baginda akan sedih melihat keadaan umatnya..


Hmm.. Semalam saya telah menghadiri ceramah oleh Ustaz Hasrizal, iaitu penulis buku Aku Terima Nikahnya, penulis blog Saifulislam.com.. Talk yang bersempena Campus Dakwah Program (CamPro) bersempena Biah Solehah di UIAM Kuantan.. Memang excited sangat nak jumpa beliau sebab sebelum ni memang follow dan sentiasa update dengan blog beliau.. Alhamdulillah, dipertemukan oleh Allah malam tadi.. Beliau berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya rasa sangat2 bermanfaat untuk dikongsikan bersama.. Tak gering gusi kami mendengarnya tetapi meninggalkan kesan yang mendalam untuk difikirkan dan bertindak.. Antara intipati yang terdapat dalam ceramahnya:

@ Islam warisan perlu diangkat martabatnya kepada Islam pilihan..
- Bermaksud, Muslim yang mencari apa itu Islam, lebih memahami Islam daripada Muslim yang menjadikan Islam hanya sebagai warisan.. Ini saya sangat setuju lah kerana iman itu perlu dikuatkan melalui pencarian diri yang sebenar yang membawa kepada pencarian Tuhan yang sebenar..

@ Islam hanya boleh diamalkan dan pentarbiahan lebih berkesan melalui pengalaman..
- Beliau menceritakan pengalamannya yang telah menjelajah ke pelbagai pelusuk negara.. Sangat menarik.. Untuk menjadi da'ie juga perlu bermula dari sekarang, bukan menunggu masa bekerja nanti atau tua.. Bila sudah bekerja, dah pun kahwin, susah untuk hadir semangat untuk bersama dalam lorong dakwah apabila tidak dibiasakan daripada zaman pelajar lagi..

@ Iman perlu sentiasa diperbaharui..
- Kita bukan Nabi ataupun Malaikat.. Kita adalah hamba Allah yang imannya sentiasa turun dan sentiasa naik.. Malah, Abu Bakar as-Siddiq sendiri pun merasai imannya turun naik.. Justeru, iman perlulah sentiasa diperbaharui sentiasa melalui ceramah dan program2 pentarbiahan kendiri..


@ Realiti sentiasa mengalahkan ilusi..
- Yahudi dan Nasrani sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam melalui jalan2 halus yang melekakan umat Islam.. Itu ialah realiti.. Muslim yang berada dalam ilusi seperti mengagung-agungkan artis di akhir zaman yang merupakan ilusi semata-mata akan tewas dalam strategi musuh..

@ Islam dan Muslim perlu dipersatukan kembali..
- Umat Islam yang kini sudah jauh daripada pegangan hidup Islam yang sebenar perlu kembali semula ke landasan Islam yang sebenar..

@ Peraturan membezakan antara umat yang bertamadun dan tidak..
- Kebebasan hanya membawa kepada kemusnahan umat.. Muslim yang patuh mengikut syariat Allah dan Sunnatullah akan berjaya menjalani hidup dengan kejayaan dan keberkatan.. Islam hadir membawa peraturan yang bukan sekatan ke atas kebebasan, tetapi ia adalah panduan untuk membebaskan diri dari kejahilan dan kemusnahan..

@ Sunnatullah dan Syari'atullah perlu diharmonikan bersama..
- Contoh mudah bagi pelajar.. Halalan Thoiyiban.. Makan yang halal, bercop JAKIM, tetapi mengandungi banyak MSG, iaitu perencah yang boleh membawa kepada penyakit darah tinggi seperti makanan segera.. Ia menepati syariat, tetapi melanggar sunnatullah untuk penjagaan kesihatan.. Sama juga, apabila kita bergerak dalam gerakan dakwah, tanpa seimbang dalam pelajaran, ianya melanggar Sunnatullah..

Alhamdulillah, Allah sentiasa menyayangi kita..


#Kamu belum benar2 beriman sehingga kamu mempersoalkan iman kamu#
-Abu al-Hassan al-Ash'ari-

Waallahua'lam..

Wednesday 29 December 2010

Tatkala Dilanda Musibah..

Ujian..
Ujian..
Ujian..

Semakin tinggi keinginan kita untuk dekat kepada Allah, semakin keraplah kita diuji..
Macam2 ujian yang Dia timpakan..
Itulah hakikat kehidupan..
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, Ayat 286..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Kadang2 aku rasa lemah..
Kadang2 aku rasa kalah..
Kadang2 aku rasa resah..
Kadang2 aku rasa gelisah..

Semua perasaan itu adalah ujian daripadanya..
Dia berfirman dalam Surah al-Baqarah, Ayat 155..
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.."
Untuk apa?
"..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar"

Subhanallah..
Perlulah bersabar apabila..
Melakukan suruhan Allah..
Meninggalkan laranganNya..
Menerima musibah..

"Ya Allah..
Aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah..
Dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil..
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.."

Kuatkanlah iman aku, Ya Allah..



.: sYaFuaD.YahYa :.
5.30 p.m.
Bilik 1.9
Mahallah Talhah 9
UIAM Kuantan

Tuesday 28 December 2010

Telah Kutemui Kamu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhir2 ni, baru aku rasa apa yang sebenarnya erti USRAH.. Syukur aku rasa sangat gembira dan bahagia.. Perkongsian ilmu dan pengalaman bersama sangat berguna untuk diri ini yang sangat2 dahagakan ilmu.. Kenapa baru hari ini? Kerana itulah yang telah ditetapkan oleh Robbul Jalil..

Bila roh USRAH itu hadir bersama perbincangan yang berteraskan al-Quran dan Hadis, kurasakan bahagia dalam segenap sudut diri.. Ya Allah, Alhamdulillah syukur.. Ditambah pula dengan kehadiran naqib seperti Abang Najib dari ABIM yang sangat pemurah ilmu.. Kumelangkah pada sem ini ke Majlis Usrah Brothers PKPIM UIAM Kuantan dengan rasa semangat..


Pengalaman memasak yang dikongsikan oleh Abang Najib.. Best sangat2.. Brothers yang masak.. Jarang.. Ukhuwwah antara kami yang semakin rapat dan dekat.. Yang lebih utama, kecintaan kepada majlis ilmu, salah satu daripada Taman2 Syurga itu semakin rasa dekat dalam hati ini.. Subhanallah.. Inilah yang dinamakan sebagai Rahmat Allah..

Di sini ingin aku mengajak sahabat2 yang belum pernah mengenali apa itu USRAH untuk cuba mengenalinya.. Tak rugi, malah akan bertambah ilmu di dada apabila kita dekatkan diri dalam majlis ilmu seperti ini.. Matlamatnya, mendekatkan diri dengan Allah melalui kitabnya, al-Quran.. Banyak yang kita ambil mudah dan remeh dalam hidup kita ni, walhal ia sangat penting..

Mana2 harakiyy Islamiyy tak kisah, andai metod gerakan itu sesuai dengan diri.. Matlamat semua gerakan jemaah adalah satu.. Ke arah keredhaan Allah.. Di sini aku menjadi seorang yang bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar.. Aku telah dipilih oleh Allah untuk berada di medan ini sejak pertengahan 2008.. Bagi diriku, KPIJ-PKPIM-ABIM-WADAH adalah wadah terbaik buat diriku bertatih dan berlatih menjadi seorang Da'ie.. Da'ie kepada diri sendiri, keluarga, sahabat, saudara dan masyarakat..

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian.” [Muhammad (47):7]

ALLAH S.W.T. juga berfirman:
”Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang mengajak kepada kebaikan Islam) serta menyeru kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang beruntung ” [Ali-Imran (3): 104]

RASULULLAH S.A.W. bersabda:
"Siapa saja yang menyeru manusia pada petunjuk (Islam), dia pasti akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala yang diperoleh orang yang mengikuti petunjuk itu tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya."
(HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud, At Tirmidzi, an Nasa’I dan Ibn Majah)


Jom ke USRAH!!!

Friday 24 December 2010

Minggu yg Serabut?!?

Bismillahirrahmanirrahim..


Agak berserabut sikit minggu ni.. Macam2 benda yang berlaku.. Tapi, kalau tak berlaku banyak benda, itu bukanlah kehidupan..

Bestnye rasa setelah lama tak pegi rehlah..

Sabtu yang lepas, baru sahaja menziarahi sahabat2 di UIAM Gombak.. Terasa lama tak berjumpa mereka dan rasanya, awal2 sem ni jelah waktu yang sesuai nak pergi.. Mungkin minggu2 yang akan datang akan makin sibuk..

Belakang tu, air terjun Sg. Kanching..

Ahadnya, Sg. Kanching di Rawang, Selangor menjadi destinasi Rehlah kami.. Dapatlah jugak merasai suasana aman damai.. Hehe.. Sejuk pulak tu.. walaupun minggu pertama di UIAM Kuantan, tapi, Jumaatnya dah diberikan kejutan kuiz Organic Chemistry.. Sangat seronok.. Hehe..

Macho x? hehehe..

Hmm.. Semalam kami ada praktikal di makmal Microbiology.. First time culturing bacteria.. Sangat seronok.. e.Coli menjadi mangsa kami.. Hehehe.. Pengalaman yang baru.. Mengikut lecturer kami, praktikal ni adalah perkara asas untuk menentukan pathogens apa yang menyebabkan sesuatu penyakit berlaku kepada seseorang.. Tapi, Dr. Khin Ma Ma sangat menekankan aspek keselamatan dan hygiene.. Penerangan Dr membuatkan kami rasa bakteria2 tu lagi bahaya daripada harimau depan mata!

Nak culture dalam incubator..

Pagi tadi, kami pun lihatlah hasilnya.. Jeng3!!!

Koloni2 bakteria E.Coli.. sayang nak dispose.. Hehe..

Tuesday 21 December 2010

Jika Aku Jatuh Hati..


Siapa tak nak jatuh hati.. Diri ini pun pernah sebegitu.. InsyaAllah, suatu saat nanti.. Andai sudah sampai waktunya.. Cinta yang berlandaskan syariat.. Mungkin cinta berputik lebat sewaktu saat lafaz sakinah.. Wallahua'lam..

Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

*Karena Hati Bicara*

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya

Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

*Bunga-Bunga Cinta*

Related Posts with Thumbnails