Sunday 2 January 2011

Islam a Holistic Way of Life..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, sahabat2ku dan saudara2 seIslamku.. Semoga dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya.. Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada semua.. Alhamdulillah, kita dapat berjumpa di tahun yang baru ini.. Maknanya, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk kita menambah amal2 soleh dan kebajikan dan jugak untuk kita mengimarahkan Bumi Allah ni dengan menegakkan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah..


Baru2 ini sahabat2 saya telah menyertai Program Jejak Belia Metropolitan di sekitar KLCC sempena tahun baru.. Alangkah bertuahnya saya jika dapat bersama mereka.. Tetapi tujuan mereka adalah untuk mendekati anak2 muda dan masyarakat di ambang tahun baru.. Bukan untuk bersama menyertainya.. Melihat keadaan anak2 muda terutama Melayu Islam pada tahun baru ni sangat2 lah menyedihkan.. Arak di tangan, pergaulan bebas.. Rasanya kita semua dah tahulah bagaimana gambarannya.. Andai Nabi masih ada, tentu baginda akan sedih melihat keadaan umatnya..


Hmm.. Semalam saya telah menghadiri ceramah oleh Ustaz Hasrizal, iaitu penulis buku Aku Terima Nikahnya, penulis blog Saifulislam.com.. Talk yang bersempena Campus Dakwah Program (CamPro) bersempena Biah Solehah di UIAM Kuantan.. Memang excited sangat nak jumpa beliau sebab sebelum ni memang follow dan sentiasa update dengan blog beliau.. Alhamdulillah, dipertemukan oleh Allah malam tadi.. Beliau berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya rasa sangat2 bermanfaat untuk dikongsikan bersama.. Tak gering gusi kami mendengarnya tetapi meninggalkan kesan yang mendalam untuk difikirkan dan bertindak.. Antara intipati yang terdapat dalam ceramahnya:

@ Islam warisan perlu diangkat martabatnya kepada Islam pilihan..
- Bermaksud, Muslim yang mencari apa itu Islam, lebih memahami Islam daripada Muslim yang menjadikan Islam hanya sebagai warisan.. Ini saya sangat setuju lah kerana iman itu perlu dikuatkan melalui pencarian diri yang sebenar yang membawa kepada pencarian Tuhan yang sebenar..

@ Islam hanya boleh diamalkan dan pentarbiahan lebih berkesan melalui pengalaman..
- Beliau menceritakan pengalamannya yang telah menjelajah ke pelbagai pelusuk negara.. Sangat menarik.. Untuk menjadi da'ie juga perlu bermula dari sekarang, bukan menunggu masa bekerja nanti atau tua.. Bila sudah bekerja, dah pun kahwin, susah untuk hadir semangat untuk bersama dalam lorong dakwah apabila tidak dibiasakan daripada zaman pelajar lagi..

@ Iman perlu sentiasa diperbaharui..
- Kita bukan Nabi ataupun Malaikat.. Kita adalah hamba Allah yang imannya sentiasa turun dan sentiasa naik.. Malah, Abu Bakar as-Siddiq sendiri pun merasai imannya turun naik.. Justeru, iman perlulah sentiasa diperbaharui sentiasa melalui ceramah dan program2 pentarbiahan kendiri..


@ Realiti sentiasa mengalahkan ilusi..
- Yahudi dan Nasrani sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam melalui jalan2 halus yang melekakan umat Islam.. Itu ialah realiti.. Muslim yang berada dalam ilusi seperti mengagung-agungkan artis di akhir zaman yang merupakan ilusi semata-mata akan tewas dalam strategi musuh..

@ Islam dan Muslim perlu dipersatukan kembali..
- Umat Islam yang kini sudah jauh daripada pegangan hidup Islam yang sebenar perlu kembali semula ke landasan Islam yang sebenar..

@ Peraturan membezakan antara umat yang bertamadun dan tidak..
- Kebebasan hanya membawa kepada kemusnahan umat.. Muslim yang patuh mengikut syariat Allah dan Sunnatullah akan berjaya menjalani hidup dengan kejayaan dan keberkatan.. Islam hadir membawa peraturan yang bukan sekatan ke atas kebebasan, tetapi ia adalah panduan untuk membebaskan diri dari kejahilan dan kemusnahan..

@ Sunnatullah dan Syari'atullah perlu diharmonikan bersama..
- Contoh mudah bagi pelajar.. Halalan Thoiyiban.. Makan yang halal, bercop JAKIM, tetapi mengandungi banyak MSG, iaitu perencah yang boleh membawa kepada penyakit darah tinggi seperti makanan segera.. Ia menepati syariat, tetapi melanggar sunnatullah untuk penjagaan kesihatan.. Sama juga, apabila kita bergerak dalam gerakan dakwah, tanpa seimbang dalam pelajaran, ianya melanggar Sunnatullah..

Alhamdulillah, Allah sentiasa menyayangi kita..


#Kamu belum benar2 beriman sehingga kamu mempersoalkan iman kamu#
-Abu al-Hassan al-Ash'ari-

Waallahua'lam..
Related Posts with Thumbnails