Wednesday, 5 January 2011

Satu Tekad...

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic


Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

----------------------------------------------------------------------

Lagu Satu Tekad nyanyian kumpulan UNIC ni adalah lagu kegemaranku yang tak pernah pudar daripada ingatan.. Setiap bait lirik kuingati dan kuhafaz sejak di menengah bawah lagi.. UNIC is one of my favourite Munsyid.. Hampir kesemua lagu mereka kuhafaz... Masa dulu2 pun, aku dan kak Ieda sangat2 lah minat UNIC ni.. Apabila ada album baru je, mesti tak lepas daripada membeli.. Inteam pun sama la jugak..

Apa istimewanya lagu Satu Tekad ni? Mestilah daripada bait2 liriknya yang memberi kata2 semangat yang berpaksikan Iman dan Ruh Islam.. Apabila rasa malas je, dengar balik lagu ni.. Sangat memotivasikan.. ^_^


0 comments:

Related Posts with Thumbnails