Saturday 22 January 2011

Kasih Sayang Penghubung Hati..


Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian yang ingin dikongsi.. Beberapa minggu meninggalkan blog kesayangan tanpa post terbaru, tidak bermakna melupakannya.. Walaupun idea sentiasa mencurah-curah untuk melayan jari-jemari untuk menari di atas papan kekunci laptop, tetapi kekangan masa menjadikan ianya hanya sebagai idea yang belum dapat disampaikan.. Kesibukan yang boleh dikatakan agak sibuk.. Kuiz2 yang berterusan seperti air sungai yang mengalir dan juga aktiviti2 yang perlu kuikuti bagi mentarbiah diri ini.. Semoga thabat dalam menyampaikan ilmu.. Saya sayang semua saudara2 saya.. =)

Sumber: JAKIM


Islam Mementingkan Kasih Sayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani

Huraian
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Related Posts with Thumbnails