Monday 29 March 2010

Pertemuan dan Pesta Buku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah, masih diberikan nikmat akal yang waras dan keupayaan untuk bernafas di bumiNya..

Kurindukan saat itu..
Kurindukan waktu itu..
Kurindukan ketika itu..
Kurindukan kamu..
Kurindukan dia..
Kurindukan mereka..
Kurindukan pengalaman itu..
Kurindukan memori itu..
Kurindukan masa dulu..

25 Mac 2010

Pertemuan kita sekali lagi membibitkan rasa cinta dan sayang bertunjangkan kepada redhaNya..
Raja Zulzaim.. Ahmad Akiff.. Roomates kesayanganku.. Setiap detik dan saat, bersamaku menempuhi kehidupan pahit dan manis ketika baru bergelar mahasiswa.. Kita menangis.. kita ketawa.. Kita gembira.. Semuanya bersama.. Pertemuan sebentar cuma adalah jodoh dalam salah satu takdir yang telah ditentukanNya.. Sedihnya kala itu.. Saat perpisahan yang perlu berlaku sekali lagi.. Aku sedih, namun kupercaya, Dia akan mempertemukan kita sekali lagi.. Aku sayang kalian..

Rasulullah bersabda;
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

26 Mac 2010

Pesta Buku di Putra World Trade Centre (PWTC) kembali lagi.. Kemeriahannya kurasakan ibarat sebutir bom yang sedang meledak.. Manusia berpusu-pusu mencari sumber ilmu untuk disematkan ke dalam dada.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan ilmu yang bakal diperoleh bermanfaat untuk Ummah..
Aku juga enggan melepaskan peluang membelek-belek buku-buku ilmiah di sana..




Buku Travelog Haji, hasil nukilan Prof Kamil kudakap dan kuperoleh.. Berbekalkan cerita yang menarik dan mengusik kalbu dalam 'Travelog Dakwah' hasil tangan beliau memberikan ilham untuk diri ini mendapatkan buku yang seharusnya diperoleh sejak dahulu lagi.. Buku ini telah memperolehi label 'THE NATIONAL BESTSELLER'.. InsyaAllah, akan kumanfaatkan pengalaman beliau dan kukongsi bersama sahabat2..


Selain itu, sebuah novel bertajuk 'Denyut Kasih Medik', terbitan Telaga Biru, yang ditulis oleh seorang doktor muda, Dr Farhan Hadi a.k.a suami penulis novel islamik Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Syabab Musafir Kasih :Fatimah Syarha Nordin juga telah menarik minatku.. Buku ini merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktok muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih.. Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita.. lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.. Tak sabar untuk menikmatinya!

Wednesday 24 March 2010

Apabila Bersahabat..


Adab2 Dengan Sahabat:

Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang daripada kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat." (hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Apabila mahu bersahabat maka terlebih dahulu melihat 2 perkara:
a) Cara memilih sahabat
b) Cara menunaikan hak2 persahabatan

a) Cara memilih sahabat:
1. Orang yang berakal
2. Orang yang baik akhlaknya
3. Orang yang soleh
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
5. Orang yang benar

b) Cara menunaikan hak2 persahabatan:
1. Mengenali hak persahabatan

Nabi S.A.W. pernah masuk ke dalam hutan lalu baginda mengambil dua bilah kayu miswak yang satu bengkok dan yang satu lagi lurus. Bersama baginda pada ketika itu beberapa orang daripada sahabatnya. Kemudian lalu Nabi S.A. W. memberikan kepada salah seorang sahabat tersebut kayu miswak yang lurus dan beliau menahan kayu miswak yang bengkok untuk kegunaan diri baginda. Maka sahabat itu bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya engkau lebih berhak untuk mengambil kayu miswak yang lurus ini daripadaku." Lalu baginda menjawab:

"Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja, kecuali dia akan ditanya pada hari kiam
at nanti tentang hak persahabatannya, apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:

"Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya."

2. Adab2 bersahabat, antaranya:

@ Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau tidak mampu, maka sekurang -kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
@ Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabatnya meminta tolong.
@ Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
@ Menutup keaiban sahabatnya.
@ Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
@ Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
@ Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketia dia bercakap.
@ Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
@ Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.
@ Berterima kasih kepada sahabatnya atas segala kebaikan.
@ Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus.
@ Memaafkannya daripada sebarang kesilapan.
@ Mendoakan sahabatnya.

Saidina 'Alqamah berwasiat kepada anaknya ketika hendak meninggal dunia,

Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang, maka bersahabatlah dengan orang yang;
1-Apabila engkau berkhidmat kepadanya, dia akan memeliharamu.
2-Apabila engkau bersahabat dengannya, maka akan bertambah nilai dirimu.
3-Apabila engkau ditimpa kesusahan, dia akan turut menanggung kesusahanmu.
4-Apabila engkau menolongnya, nescaya dia akan membalas kebaikanmu.
5-Apabila dia melihat kebaikan daripadamu, dia akan menghargainya.
6-Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan, dia akan menutupnya (dengan teguran)
7-Apabila engkau berkata, dia akan membenarkan.
8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu, dia akan menolongmu.

Berkata pula Saidina Ali bin Abi Talib R.A.;

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.
"

Wallahua'lam..

(Dipetik daripada kitab Bidayatul Hidayah, karangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A.)

Monday 22 March 2010

I Luv U All!


Para menantu , yaie dan nyaie..


Yaie, Nyaie dan Anak2.
.

Adik,Kak Ieda n Me ..

My family..

Assalamualaikum.. Salam 1 Muslim..

Gambar ini diambil pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas.. Kami bergambar setelah sesi bermaafan di pagi Hari Raya.. ini bukan di rumahku, tapi di kampung halamanku yg tercinta.. Kat kampung memang tempat yang sangat nyaman pada waktu pagi.. Huhu.. letaknya di Kg. Parit Khalid, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.. Ayer Hitam ni terkenal dengan pekannya yang mmpunyai pasar pasu dan keropok yg bermacam-macam jenis..
Ni bukan kampung sebelah ayah, tetapi sebelah mak.. Kawasan ni, majoriti org Jawa.. Termasuklah mak aku.. Aku faham la sket2 bahasa Jawa ni.. Aku belajar drpd mak.. Kampung sebelah ayah pula terletak di Benut, Pontian, Johor.. Kat situ majoriti orang Bugis..

Kat kampung Hari Raya memang best sebab meriah.. Hari Raya kedua, baraan dah mula.. Baraan ni cam ziarah rumah ke rumah.. Biasanya, ada 2 kumpulan.. Lelaki dan wanita.. Ramai2 konvoi naik moto time tu.. Best duk kat Johor ni.. Huhu.. Pada kebiasaannya, kami sekeluarga akan ziarah nenek2 dan datuk2 saudara pada raya pertama dan kedua.. Alhamdulillah, kami dapat merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga2 adik-beradik datuk dan nenek.. Rumah diorang dekat2 je.. Kami orang Jawa, memanggil nenek kami dengan 'nyaie'' dan atuk dengan 'yaie'.. Haa.. Best, kan?

Sebenarnya, Hari Raya yang lepas, adalah Raya yang paling suram dan sedih untuk diriku.. Andai Hari Raya yang sebelumnya kami masih boleh bergambar dengan abah, tapi Hari Raya kali ni, tak dapat lagi kami bergambar bersamanya.. Kalau diperhatikan, muka aku agak sedih.. Mana taknya kami tak dapat lagi menyambut Hari Raya dengan abah.. Kalau nak tau, aku tak beli baju raya pun masa tu, tu baju raya yang lepas.. Sebenarnya, aku masih dalam kesedihan.. Lagi2 pertama kali beraya tanpa abah.. Mood raya langsung tak singgah di hati aku.. Tapi, aku cuba untuk melupakan sekejap kesedihanku waktu tu.. Sebab kena marah ngan mak aku.. Mak cakap, " kalau sedih, abah dalam kubur nanti pun sedih.." Aku tak nak lah mak aku sedih, sebab tengok aku sedih.. Terpaksa lah waktu tu aku cuba sedaya-upaya melupakan segala kesedihan aku..
Aku ingat lagi, pada raya tahun sebelumnya, abah peluk aku sekuat-kuatnya semasa sesi bermaafan.. Abah memelukku sambil berkata, "maafkan abah, abah sayang Ad..Belajar betul2 ea.." Aku pun pelik juga sebab raya2 sebelumnya, tak pernah kurasa abah kata seserius tu dan memeluk aku ngan kuat sangat.. Rupanya tu petanda Raya terakhir kami bersama.. Ad sayang abah jugak.. Ad doakan abah tenang di sana.. Amin..

Sunday 21 March 2010

Tak Kenal, Maka Ta'aruf


Assalamualaikum..
Orang kata, 'tak kenal, maka tak cinta'.. Tapi, di CFS IIUM Petaling Jaya, aku diperkenalkan dengan, 'tak kenal, maka ta'aruf'.. Betul jugak, sesuatu tindakan perlu untuk menjayakan sesuatu perkara.. Jadi, kalau kita tak berkenalan, Camne orang lain nak kenal kita, kan?

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat." (Surah al-Hujraat: 10)

Betul3! (dengan nada Upin Ipin).. Kita semua kaum muslimin adalah bersaudara.. Tak kiralah anda keturunan India, Cina, Semai, Jawa, Bugis atau Omputeh.. Apabila hidup kita, iaitu aqidah kita berpaksikan kalimah Thoiyibah, "Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah", kita adalah bersaudara seaqidah.. Ataupun, dalam English disebut 'brotherhood'..

Ingin kuperkenalkan siapa diriku pada kali ini.. Harapanku, agar saudara-saudaraku dapat mengenaliku dengan lebih mendalam supaya ukuwwah antara kita dapat dipererat.. InsyaAllah..

Diputerakan pada tanggal 22 April 1991, bertempat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.. Nama yang penat lelah difikirkan oleh orang tuaku, dulu, kini dan selamanya, Mohamad Syafuad dikurniakan kepadaku.. Alhamdulillah.. Diberikan nikmat akal yang waras, pancaindera yang mencukupi, aku rasa terlalu bersyukur kepadaNya..

"Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim: 34)

Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik, aku rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak, abang dan adik.. Semua orang pun kata begitu..

SK Majidi Bahru menjadi medan aku menuntut ilmu semasa zaman kanak-kanak dahulu.. Indahnya waktu itu.. 5 tahun di sekolah rendah, tidak cukup sebenarnya untuk mencipta memori indah zaman kanak-kanak milo.. Huhu.. I love my school! Hah? Nape 5 tahun je? Huhuhu.. =P ni yang nak cerita ni.. Ingat tak Penilaian Tahap Satu atau PTS? Ala, masa darjah 3.. Cemerlang exam ni, maknanya, sesiapa yang cemerlang tu boleh la lompat darjah ke darjah 5.. Masa tu batch yang lahir 1991, kami adalah batch terakhir yang ambil exam ni.. Hmm.. Di sekolah kami pada waktu itu, 3 orang yang berjaya.. Dan Alhamdulillah, aku adalah antara 3 orang itu.. Perkara yang tak boleh aku lupa waktu tu, aku sekelas dengan 2 orang kakak kepada 2 orang budak kelas aku masa darjah 3.. hahaha.. Naik segan aku masa tu.. Berada di kelas bersama abang2 dan kakak2, aku rasa janggal.. Tapi, lama2 ok.. Sekarang ni pun, aku lebih banyak bergaul dengan akhi2 dan ukhti2 yang lebih tua dari aku.. Tapi, aku tak pernah malu bergaul dengan kawan2 lama yang seumur denganku..

Alhamdulillah, aku dapat melanjutkan pelajaran di SMK Agama Johor Bahru di peringkat menengah.. Berbekalkan keazaman, harapan dan doa ibu bapaku, aku melangkah menempuh kehidupan di SMKAJB dengan penuh semangat dan cita2.. Bermotivasikan sikap ayahku yang tak pernah lelah membanting tulang menyara kami sekeluarga, aku berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap peperiksaan dan ujian.. Kerana aku tahu, hidup ini perlukan pengorbanan.. Material dan juga tenaga.. Melangkah ke tingkatan 1, aku belajar banyak perkara.. Tambahan pula pertama kali menjejakkan kaki ke asrama.. Ukhuwwah antara rakan2 batch dan abang2 senior, aku sangat jaga.. Kenangan pahit dan manis, usah dinafikan.. Banyak.. Tanyalah sesape, setiap orang mesti akan katakan bahawa zaman2 sekolah dahulu memang tak boleh dilupakan.. Bila sahaja tempoh berada di sekolah tamat, semua akan merinduinya apabila mengenangkan kembali.. Rasa macam sekejap je.. Maklumlah, kehidupan..

Kuew teow goreng, kegemaranku.. Aku dah kira jadi pakar lah kiranya.. Boleh bandingkan antara kuew teow goreng yang aku makan, mana yang ok dan yang sangat sedap.. Alamak! Rindu pulak kat kuew teow goreng E-cafe kat UIA PJ.. Huhu.. Air pulak, Nescafe dan air kosong.. Especially, Nescafe ais lah.. =P

Ok.. Masa untuk aku terangkan ciri2 dan sifat2 aku pulak.. Hehehe.. Seganlah pulak tetiba.. Hmm..

Berdasarkan kajian Dr. Fadzilah Kamsah, orang yang lahir bulan April ni:

“Sangat aktif dan dinamik.. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.. Sangat menarik dan pandai manjakan diri.. Punya daya mental yang sangat kuat.. Suka diberi perhatian.. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.. Berani dan tiada perasaan takut.. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.. Emosi cepat terusik.. Kecenderungan bersifat dendam.. Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.. Kuat daya ingatan.. Gerak hati yang sangat kuat.. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.. Sangat cemburu..”

Diri aku pula:

*Nak kata aktif, tak sangat lah..

* Pandai memanjakan diri? Aku rasa pun camtu.. Hehe..

* Suka diberi perhatian? Betul..

* Pandai memujuk? Agak la..

* Pengasih, penyayang..

* Emosi cepat terusik.. Selalu gak la berlaku.. =P

* Sangat cemburu? Ikut waktu jugak..

Hah, bayangkanlah diriku ini bagaimana.. Hampir kesemua sifat2 dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah kena dengan sifat semulajadi aku.. Jadi, terimalah daku seadanya.. =)


Related Posts with Thumbnails