Wednesday, 24 March 2010

Apabila Bersahabat..


Adab2 Dengan Sahabat:

Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang daripada kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat." (hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Apabila mahu bersahabat maka terlebih dahulu melihat 2 perkara:
a) Cara memilih sahabat
b) Cara menunaikan hak2 persahabatan

a) Cara memilih sahabat:
1. Orang yang berakal
2. Orang yang baik akhlaknya
3. Orang yang soleh
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
5. Orang yang benar

b) Cara menunaikan hak2 persahabatan:
1. Mengenali hak persahabatan

Nabi S.A.W. pernah masuk ke dalam hutan lalu baginda mengambil dua bilah kayu miswak yang satu bengkok dan yang satu lagi lurus. Bersama baginda pada ketika itu beberapa orang daripada sahabatnya. Kemudian lalu Nabi S.A. W. memberikan kepada salah seorang sahabat tersebut kayu miswak yang lurus dan beliau menahan kayu miswak yang bengkok untuk kegunaan diri baginda. Maka sahabat itu bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya engkau lebih berhak untuk mengambil kayu miswak yang lurus ini daripadaku." Lalu baginda menjawab:

"Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja, kecuali dia akan ditanya pada hari kiam
at nanti tentang hak persahabatannya, apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:

"Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya."

2. Adab2 bersahabat, antaranya:

@ Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau tidak mampu, maka sekurang -kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
@ Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabatnya meminta tolong.
@ Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
@ Menutup keaiban sahabatnya.
@ Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
@ Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
@ Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketia dia bercakap.
@ Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
@ Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.
@ Berterima kasih kepada sahabatnya atas segala kebaikan.
@ Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus.
@ Memaafkannya daripada sebarang kesilapan.
@ Mendoakan sahabatnya.

Saidina 'Alqamah berwasiat kepada anaknya ketika hendak meninggal dunia,

Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang, maka bersahabatlah dengan orang yang;
1-Apabila engkau berkhidmat kepadanya, dia akan memeliharamu.
2-Apabila engkau bersahabat dengannya, maka akan bertambah nilai dirimu.
3-Apabila engkau ditimpa kesusahan, dia akan turut menanggung kesusahanmu.
4-Apabila engkau menolongnya, nescaya dia akan membalas kebaikanmu.
5-Apabila dia melihat kebaikan daripadamu, dia akan menghargainya.
6-Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan, dia akan menutupnya (dengan teguran)
7-Apabila engkau berkata, dia akan membenarkan.
8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu, dia akan menolongmu.

Berkata pula Saidina Ali bin Abi Talib R.A.;

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.
"

Wallahua'lam..

(Dipetik daripada kitab Bidayatul Hidayah, karangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A.)

3 comments:

marzuqi said...

moga ko jadi sahabat yang terhebat, dunia dan akhirat.isyaAllah.

sYaFuaD said...

InsYaAllah.. Kau pun, aku doakan yang sama, k.. syukron 4 giving me inspiration.. =)

Raja Mohamed Zulzaim al-Mawdudi Bin Raja Husni said...

sungguh, Islam mengajar kita cara bersahabat..cukup teliti, gud job syafuad! keep it nice

Related Posts with Thumbnails