Monday 29 November 2010

Fadhilat Istighfar, Zikir dan Selawat

.:Fadhilat beristighfar:.

1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

.:Fadilat Zikir:.

1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
5. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
6. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
8. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
9. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
11. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
12. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
13. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

.:Fadilat Selawat:.

1. Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.
2. Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
3. Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
5. Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
6. Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
7. Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
8. Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.

Wallahu''alam.

Saturday 27 November 2010

Farmasi, Pilihanku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu Farmasi? Mengapa bidang ini mendapat tempat di hatiku? Mengapa ia menjadi pilihan kerjayaku? Ingin kukongsikan sedikit pengenalan tentang bidang profesional ini.

Farmasi berasal daripada perkataan Greek, pharmakov yang bermaksud dadah iaitu satu bidang kerjaya kesihatan membabitkan penyediaan, ramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat mengenai ubat. Seorang pegawai farmasi bertugas dalam menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat kerana golongan inilah bertanggungjawab menyediakan jenis ramuan diberikan mengikut arahan doktor.


Sementara itu, peranan pegawai farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan (dispensing) ubat-ubatan kepada pesakit mengikut arahan doktor yang merawatnya.

Namun, peranan ini sudah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat mengenai ubat. Malah bidang farmasi kini dibahagikan kepada tiga, iaitu Farmaseutik, kajian mengenai penghasilan ubat daripada bahan kimia; Farmakognosi, iaitu kajian penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan; serta Kimia perubatan, iaitu kajian penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru.


Bagi menjadi pegawai farmasi, seseorang individu perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan ataupun luar negara. Mereka perlu memahami selok-belok pembuatan dan penjenisan ubat-ubatan agar sebarang kejadian tidak diingini tidak berlaku seperti keracunan. Manakala kos, pembiayaan dan tempat bukan lagi menjadi penghalang untuk belajar kerana pelbagai tawaran biasiswa atau pinjaman untuk pelajar melanjutkan pelajaran mereka. Contohnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawar biasiswa kepada semua pelajarnya yang mengambil jurusan ini melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain berpeluang bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Farmasi, merka juga dapat menjawat pelbagai jawatan lain berkaitan bidang farmasi. Ia semestinya satu bidang pelaburan pengajian yang cukup menguntungkan. Doakan diriku ini agar berjaya dalam bidang ini dalam masa yang sama bertugas sebagai da'i dalam masyarakat. >_<

Wednesday 24 November 2010

Erti Syukur

Kumulakan dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Nikmat Allah tak pernah putus dari hidup kita.. Diberikan nikmat penglihatan, agar kita dapat menikmati setiap butir ciptaanNya.. Diberikan nikmat pendengaran, agar kita dapat menghayati setiap butir nasihat atas hidayah daripadaNya.. Diberikan nikmat percakapan, agar kita dapat menuturkan setiap butir perkataan yg terdapat dalam kitabNya.. Diberikan nikmat kaki dan tangan, agar kita dapat melakukan setiap butir perbuatan untuk memperoleh redhaNya.. Dan yang paling utama, diberikan nikmat yang terbesar, iaitu hanya untuk hamba-hambaNya yang terpilih, Iman dan Islam agar berjuang di jalanNya.. Adakah kita selalu bersyukur?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman)

Selagi bergelar 'insan', selagi itu manusia lupa.. Perkataan syukur, jarang dilafazkan.. Apakah itu erti syukur?

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasihku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu yang Esa

Tuesday 23 November 2010

Petang itu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Syukur kepada-Mu ya Allah, Kau panjangkan umurku lagi..

Ingin kukongsikan apa yang berlaku pada diriku semalam.. Sekadar untuk renungan bersama.. Hal yang berlaku pada petang semalam ada hikmahnya..

Petang itu..
Setelah selesai urusan pembaharuan lesen kenderaan di Taman Daya, Johor Bahru, aku pun melangkah keluar dari bangunan JPJ.. Hujan mula turun.. Di pertengahan jalan ke motosikal, hujan mula mencurah laju.. Lari lah sekuat hati ke restoran berdekatan.. Kemudian, hujan mula turun dengan lebatnya, bagaikan mahu aku melayan keinginanku untuk makan.. Dalam hati, Ya Allah, janganlah lama-lama hujan ni..

Hujan yang turun bersama memori..

Tunggu, tunggu dan tunggu.. Hujan tak juga berhenti.. Sambil menunggu, tak terlawan keinginan untuk makan.. Ape lagi, makanlah.. Huhuhu..

Pinggan dah licin, air milo dah habis, tapi, hujan tak berhenti lagi.. Sabar menunggu dalam sejam lebih.. Sambil menunggu hujan reda sedikit, majalah Solusi yang terbaru, isu 25 ada di genggaman.. Nasib baik ada peneman di kala itu.. Baru sahaja dibeli sebelum ke JPJ tadi..

Akhirnya, hujan reda juga, walaupun sedikit renyai-renyai, kugagahkan diri juga.. Terus aku ke motosikalku itu dengan pantas untuk pulang ke rumah.. Sambil berdoa moga dipelihara diriku ini daripada kecelakaan.. Bukannya apa.. Apabila hujan, jalan pun licin.. Risiko kemalangan tinggi.. Kubaca, "Subhanallazi sahhorolana haza wama kunnalahu mukrinin, waiinna ila robbina lamunqolibun", iaitu doa menaiki kenderaan.. Memandangkan doa ini adalah doa yang Ma'thur, yang disarankan oleh Rasulullah, ia menjadi amalanku.. Maksud doa ini,

"Segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan (kenderaan) ini untuk kita dan kita bukanlah seganding dengannya dan kepada Tuhan kita akan kembali."
(Hadis riwayat Muslim drpd Ibn Umar)

Sekadar gambar hiasan.. Bukan motorku ye..

Aku sangat risau apabila menunggang motor kerana penunggang motosikal mengungguli carta statistik kemalangan jalan raya.. Ia bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu realiti.. Mahu atau tidak, motosikal adalah satu keperluan.. Aku juga pernah jatuh motosikal sekali di simpang jalan kerana keadaan jalan yang licin selepas hujan pada waktu itu.. Tetapi, ia tak melunturkan semangatku untuk menjadi penunggang motosikal yang berhemah.. Itulah tekadku.. Segala yang kita lakukan, Dia yang tentukan.. Sudahpun tertulis Takdir Mubrom oleh Sang Malaikat..

Walaupun banyak kenderaan yang meluncur di atas jalan raya pada waktu itu, ditambah pula hujan yang masih turun, kukuatkan juga semangat.. Hanya padaMu ya Allah, kuberserah..

Alhamdulillah, ya Allah..

Akhirnya, sampai juga di rumah.. Walaupun basah kuyup, Alhamdulillah, sampai juga di rumah.. Teringat sabda Rasulullah S.A.W, apabila keluar rumah bacalah, "Bismillahi tawakkaltu 'alallah wala haula wala quwwataillabillah.." Alhamdulillah, aku tak lupa membacanya..

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tiada helah dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah."
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan at-Tirmizi drpd Anas R.A.)


Monday 22 November 2010

Bagaimana Bidadarimu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bagaimana Bidadarimu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday 21 November 2010

Ya Allah, Rahmatilah Dia..

Kubur abahku..

Bismillahir rahmanir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mohamad Yahya Bin Femonding, Mohamad Yahya Bin Femonding, wahai Mohamad Yahya Bin Femonding
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Mohamad Yahya Bin Femonding,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Mohamad Yahya Bin Femonding,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai Mohamad Yahya Bin Femonding tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mohamad Yahya Bin Femonding, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Abah dan vespa kesayangannya..

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.


.: Esok, 22hb November 2010 adalah ulang tahun ke-56 kelahiran arwah Abah yang tercinta.. Kami anak-anakmu akan sentiasa mendoakanmu di sana.. Semoga dirimu dilimpahi rahmat oleh-Nya dan digolongkan dalam kalangan yang beriman.. Amin.. :.

Saturday 20 November 2010

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Friday 19 November 2010

Kehilangan Sebutir Permata Berharga..

15hb November 2010, 12.30 pm..

Sedangku melayari internet, deringan telefon bimbitku jelas kedengaran.. Kulihat nama Fahmi tertera di skrin telefon bimbitku itu.. Lantaran kuangkat panggilan telefon itu tanpa berfikir apa-apa.. "Syafuad, kau ada dengar apa-apa berita tentang abang Aqilah tak?".. "Tak." Jawabku ringkas.. Sambung Fahmi tanpa berselindung, "Abang Aqilah, MZ, meninggal dunia lepas accident dalam pukul 11 pagi tadi.. Kau pergilah melawat dulu kat hospital, k.. Aku masih kat Segamat ni.." "OK..'' sahutku.. Innalillahiwainnailaihi Raji'un..

Aku terus segera bersiap untuk ke Hospital Sultan Ismail di Tebrau, JB.. Selepas solat Zuhur, aku dan sahabatku, Zaim Razak terus bergegas ke sana menaiki kereta yang dipandu Zaim.. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama 10 minit bertukar lebih 20 minit kerana keadaan jalan yang sesak.. Dalam perjalanan, wajah seniorku itu bermain di fikiran.. Wajahnya yang sentiasa tenang itu terus singgah di benak fikiranku..

Mohamad Zulhilmi bin Ibrahim.. Dilahirkan pada 6 Mei 1988.. Satu nama yang tak asing lagi dalam kalangan guru-guru di SMK Agama Johor Bahru.. Menjadi pelajar contoh kepada sahabat-sahabat yang lain.. Seorang ketua pelajar yang sangat berdedikasi.. Tak lokek memberikan tunjuk ajar kepada sahabatnya mahupun kami sebagai junior.. Sebagai ketua pelajar, keadaan disiplin pelajar-pelajar di sekolah diselia dengan baik.. Beliau juga merupakan wakil negeri Johor dan seterusnya merangkul gelaran johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2005.. Membawa nama sekolah kami di peringkat yang tertinggi dicapai sebelum ini.. Subhanallah..


"Syafuad, kita dah sampai wad Forensik," kata Zaim.. "Jom Zaim, mungkin Aqilah pun ada kat situ," sahutku pula.. Nur Aqilah Ibrahim, rakan batch kami adalah adik kepada abang Zulhilmi.. Kulihat suasana sedih dan muram melanda wad tersebut.. Kelihatan Aqilah dan adik-adiknya ditenangkan oleh cikgu-cikgu yang hadir.. Aku terus ucapkan takziah setelah berhadapan dengannya dan yang hanya mampu kuucap kepadanya hanyalah kalimah azimat, "Sabar".. Alangkah sedihnya apabila kita kehilangan orang yang kita sayang.. Aku juga pernah merasa.. Sabarlah, sahabatku.. Allah lebih menyayangi abangmu.. Tambah pula ditambah ujian ketiadaan bonda dan ayahandamu yang sedang mengerjakan Haji di Makkah.. Kuatkan semangat ya ukhti.. Firman Allah dalam surah AzZumar, ayat 10;

"..sesungguhnya diberi ganjaran orang yang sabar dengan pahala tanpa hisab."


Allahyarham baru-baru ini mewakili negeri Johor dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 1431H 2010M yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.. Salah seorang Qari muda yang bertanding.. Justeru, Allahyarham selalu berdamping dengan Al-Quran.. Alhamdulillah.. Hadiah kemenangannya, iaitu pakej Haji diberikan kepada ayahanda dan bonda tercinta.. Inilah contoh anak Soleh yang harus dijadikan teladan olehku.. Wajah Jenazah pula kelihatan tenang ketika hendak disolatkan.. Subhanallah.. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosanya.. Tempatkanlah abang Zulhilmi di sisimu di kedudukan yang tertinggi.. Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.. Amin..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Thursday 18 November 2010

"Kelahiran Semula"


Salam.. Ingin kutulis apa yang terbuku di fikiran.. Kuperlukan kekuatan.. Kuperlu gagah ke hadapan.. InsyaAllah.. Akan kuusahakan..

Pembacaan perlu diperkaya.. Agama perlu dihayati semula.. Al-Quran perlu ditadabbur sebaiknya..

Ya Allah, kuatkan imanku.. Tajamkan akalku..
Berikan kekuatan kepada diriku.. Hanya padaMu kumengadu..

-Iltizamku Harapanku-
Related Posts with Thumbnails