Friday, 19 November 2010

Kehilangan Sebutir Permata Berharga..

15hb November 2010, 12.30 pm..

Sedangku melayari internet, deringan telefon bimbitku jelas kedengaran.. Kulihat nama Fahmi tertera di skrin telefon bimbitku itu.. Lantaran kuangkat panggilan telefon itu tanpa berfikir apa-apa.. "Syafuad, kau ada dengar apa-apa berita tentang abang Aqilah tak?".. "Tak." Jawabku ringkas.. Sambung Fahmi tanpa berselindung, "Abang Aqilah, MZ, meninggal dunia lepas accident dalam pukul 11 pagi tadi.. Kau pergilah melawat dulu kat hospital, k.. Aku masih kat Segamat ni.." "OK..'' sahutku.. Innalillahiwainnailaihi Raji'un..

Aku terus segera bersiap untuk ke Hospital Sultan Ismail di Tebrau, JB.. Selepas solat Zuhur, aku dan sahabatku, Zaim Razak terus bergegas ke sana menaiki kereta yang dipandu Zaim.. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama 10 minit bertukar lebih 20 minit kerana keadaan jalan yang sesak.. Dalam perjalanan, wajah seniorku itu bermain di fikiran.. Wajahnya yang sentiasa tenang itu terus singgah di benak fikiranku..

Mohamad Zulhilmi bin Ibrahim.. Dilahirkan pada 6 Mei 1988.. Satu nama yang tak asing lagi dalam kalangan guru-guru di SMK Agama Johor Bahru.. Menjadi pelajar contoh kepada sahabat-sahabat yang lain.. Seorang ketua pelajar yang sangat berdedikasi.. Tak lokek memberikan tunjuk ajar kepada sahabatnya mahupun kami sebagai junior.. Sebagai ketua pelajar, keadaan disiplin pelajar-pelajar di sekolah diselia dengan baik.. Beliau juga merupakan wakil negeri Johor dan seterusnya merangkul gelaran johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2005.. Membawa nama sekolah kami di peringkat yang tertinggi dicapai sebelum ini.. Subhanallah..


"Syafuad, kita dah sampai wad Forensik," kata Zaim.. "Jom Zaim, mungkin Aqilah pun ada kat situ," sahutku pula.. Nur Aqilah Ibrahim, rakan batch kami adalah adik kepada abang Zulhilmi.. Kulihat suasana sedih dan muram melanda wad tersebut.. Kelihatan Aqilah dan adik-adiknya ditenangkan oleh cikgu-cikgu yang hadir.. Aku terus ucapkan takziah setelah berhadapan dengannya dan yang hanya mampu kuucap kepadanya hanyalah kalimah azimat, "Sabar".. Alangkah sedihnya apabila kita kehilangan orang yang kita sayang.. Aku juga pernah merasa.. Sabarlah, sahabatku.. Allah lebih menyayangi abangmu.. Tambah pula ditambah ujian ketiadaan bonda dan ayahandamu yang sedang mengerjakan Haji di Makkah.. Kuatkan semangat ya ukhti.. Firman Allah dalam surah AzZumar, ayat 10;

"..sesungguhnya diberi ganjaran orang yang sabar dengan pahala tanpa hisab."


Allahyarham baru-baru ini mewakili negeri Johor dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 1431H 2010M yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.. Salah seorang Qari muda yang bertanding.. Justeru, Allahyarham selalu berdamping dengan Al-Quran.. Alhamdulillah.. Hadiah kemenangannya, iaitu pakej Haji diberikan kepada ayahanda dan bonda tercinta.. Inilah contoh anak Soleh yang harus dijadikan teladan olehku.. Wajah Jenazah pula kelihatan tenang ketika hendak disolatkan.. Subhanallah.. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosanya.. Tempatkanlah abang Zulhilmi di sisimu di kedudukan yang tertinggi.. Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.. Amin..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


2 comments:

mael said...

Innalillahiwainnalillahirojiun. Al-Fatihah.

Famy said...

Mudah2han rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan orang2 yang soleh..Al-Fatihah.

Related Posts with Thumbnails