Saturday, 27 November 2010

Farmasi, Pilihanku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu Farmasi? Mengapa bidang ini mendapat tempat di hatiku? Mengapa ia menjadi pilihan kerjayaku? Ingin kukongsikan sedikit pengenalan tentang bidang profesional ini.

Farmasi berasal daripada perkataan Greek, pharmakov yang bermaksud dadah iaitu satu bidang kerjaya kesihatan membabitkan penyediaan, ramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat mengenai ubat. Seorang pegawai farmasi bertugas dalam menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat kerana golongan inilah bertanggungjawab menyediakan jenis ramuan diberikan mengikut arahan doktor.


Sementara itu, peranan pegawai farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan (dispensing) ubat-ubatan kepada pesakit mengikut arahan doktor yang merawatnya.

Namun, peranan ini sudah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat mengenai ubat. Malah bidang farmasi kini dibahagikan kepada tiga, iaitu Farmaseutik, kajian mengenai penghasilan ubat daripada bahan kimia; Farmakognosi, iaitu kajian penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan; serta Kimia perubatan, iaitu kajian penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru.


Bagi menjadi pegawai farmasi, seseorang individu perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan ataupun luar negara. Mereka perlu memahami selok-belok pembuatan dan penjenisan ubat-ubatan agar sebarang kejadian tidak diingini tidak berlaku seperti keracunan. Manakala kos, pembiayaan dan tempat bukan lagi menjadi penghalang untuk belajar kerana pelbagai tawaran biasiswa atau pinjaman untuk pelajar melanjutkan pelajaran mereka. Contohnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawar biasiswa kepada semua pelajarnya yang mengambil jurusan ini melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain berpeluang bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Farmasi, merka juga dapat menjawat pelbagai jawatan lain berkaitan bidang farmasi. Ia semestinya satu bidang pelaburan pengajian yang cukup menguntungkan. Doakan diriku ini agar berjaya dalam bidang ini dalam masa yang sama bertugas sebagai da'i dalam masyarakat. >_<

6 comments:

Up UP said...

I would never say never...
I would fight it forever..

whenever you knock me down..i will not stay on the ground

Mohd Naqib bin Mazlan said...

ni komen kat atas ni mesti naquib punya..all the best syafuad!

sYaFuaD said...

Syukron, Naqib..

fatinalhadad said...

waaahh waaahhh makin bersemangat nak pergi kuantan lepas ni! :)

sYaFuaD said...

Ble dah start wat ubat cm cream dan ointment, mula lah rasa best course ni.. InsyaAllah, andai bksmptn akn dtg sy truskn dgn cerita perihal student pharmacy uia dlm blog ni..

sabrie mustafa hamizan said...

Assalam..
Nama saya Sabrie,saya SPM leaver of 2010..Alhamdulillah,saya dpt Straight A dlm SPM..
Sya nak tnya,sya nak continue my foundation kat UIA dlm bdg farmasi,but cana nk survive klw xdpt mna2 biasiswa?Adakah kmntrian akan support kta kt sana??

Related Posts with Thumbnails