Tuesday, 23 November 2010

Petang itu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Syukur kepada-Mu ya Allah, Kau panjangkan umurku lagi..

Ingin kukongsikan apa yang berlaku pada diriku semalam.. Sekadar untuk renungan bersama.. Hal yang berlaku pada petang semalam ada hikmahnya..

Petang itu..
Setelah selesai urusan pembaharuan lesen kenderaan di Taman Daya, Johor Bahru, aku pun melangkah keluar dari bangunan JPJ.. Hujan mula turun.. Di pertengahan jalan ke motosikal, hujan mula mencurah laju.. Lari lah sekuat hati ke restoran berdekatan.. Kemudian, hujan mula turun dengan lebatnya, bagaikan mahu aku melayan keinginanku untuk makan.. Dalam hati, Ya Allah, janganlah lama-lama hujan ni..

Hujan yang turun bersama memori..

Tunggu, tunggu dan tunggu.. Hujan tak juga berhenti.. Sambil menunggu, tak terlawan keinginan untuk makan.. Ape lagi, makanlah.. Huhuhu..

Pinggan dah licin, air milo dah habis, tapi, hujan tak berhenti lagi.. Sabar menunggu dalam sejam lebih.. Sambil menunggu hujan reda sedikit, majalah Solusi yang terbaru, isu 25 ada di genggaman.. Nasib baik ada peneman di kala itu.. Baru sahaja dibeli sebelum ke JPJ tadi..

Akhirnya, hujan reda juga, walaupun sedikit renyai-renyai, kugagahkan diri juga.. Terus aku ke motosikalku itu dengan pantas untuk pulang ke rumah.. Sambil berdoa moga dipelihara diriku ini daripada kecelakaan.. Bukannya apa.. Apabila hujan, jalan pun licin.. Risiko kemalangan tinggi.. Kubaca, "Subhanallazi sahhorolana haza wama kunnalahu mukrinin, waiinna ila robbina lamunqolibun", iaitu doa menaiki kenderaan.. Memandangkan doa ini adalah doa yang Ma'thur, yang disarankan oleh Rasulullah, ia menjadi amalanku.. Maksud doa ini,

"Segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan (kenderaan) ini untuk kita dan kita bukanlah seganding dengannya dan kepada Tuhan kita akan kembali."
(Hadis riwayat Muslim drpd Ibn Umar)

Sekadar gambar hiasan.. Bukan motorku ye..

Aku sangat risau apabila menunggang motor kerana penunggang motosikal mengungguli carta statistik kemalangan jalan raya.. Ia bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu realiti.. Mahu atau tidak, motosikal adalah satu keperluan.. Aku juga pernah jatuh motosikal sekali di simpang jalan kerana keadaan jalan yang licin selepas hujan pada waktu itu.. Tetapi, ia tak melunturkan semangatku untuk menjadi penunggang motosikal yang berhemah.. Itulah tekadku.. Segala yang kita lakukan, Dia yang tentukan.. Sudahpun tertulis Takdir Mubrom oleh Sang Malaikat..

Walaupun banyak kenderaan yang meluncur di atas jalan raya pada waktu itu, ditambah pula hujan yang masih turun, kukuatkan juga semangat.. Hanya padaMu ya Allah, kuberserah..

Alhamdulillah, ya Allah..

Akhirnya, sampai juga di rumah.. Walaupun basah kuyup, Alhamdulillah, sampai juga di rumah.. Teringat sabda Rasulullah S.A.W, apabila keluar rumah bacalah, "Bismillahi tawakkaltu 'alallah wala haula wala quwwataillabillah.." Alhamdulillah, aku tak lupa membacanya..

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tiada helah dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah."
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan at-Tirmizi drpd Anas R.A.)


2 comments:

dakwatunnisa said...

Pergantungan sepenuhnya pada Allah akan membuat hati kita tenang.

sYaFuaD said...

Btul tu.. bru lah kte rse hidup dlm suasana Islam yg sebenar.. Bru dpt taqorrub dgb Allah..

Related Posts with Thumbnails