Tuesday 28 December 2010

Telah Kutemui Kamu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhir2 ni, baru aku rasa apa yang sebenarnya erti USRAH.. Syukur aku rasa sangat gembira dan bahagia.. Perkongsian ilmu dan pengalaman bersama sangat berguna untuk diri ini yang sangat2 dahagakan ilmu.. Kenapa baru hari ini? Kerana itulah yang telah ditetapkan oleh Robbul Jalil..

Bila roh USRAH itu hadir bersama perbincangan yang berteraskan al-Quran dan Hadis, kurasakan bahagia dalam segenap sudut diri.. Ya Allah, Alhamdulillah syukur.. Ditambah pula dengan kehadiran naqib seperti Abang Najib dari ABIM yang sangat pemurah ilmu.. Kumelangkah pada sem ini ke Majlis Usrah Brothers PKPIM UIAM Kuantan dengan rasa semangat..


Pengalaman memasak yang dikongsikan oleh Abang Najib.. Best sangat2.. Brothers yang masak.. Jarang.. Ukhuwwah antara kami yang semakin rapat dan dekat.. Yang lebih utama, kecintaan kepada majlis ilmu, salah satu daripada Taman2 Syurga itu semakin rasa dekat dalam hati ini.. Subhanallah.. Inilah yang dinamakan sebagai Rahmat Allah..

Di sini ingin aku mengajak sahabat2 yang belum pernah mengenali apa itu USRAH untuk cuba mengenalinya.. Tak rugi, malah akan bertambah ilmu di dada apabila kita dekatkan diri dalam majlis ilmu seperti ini.. Matlamatnya, mendekatkan diri dengan Allah melalui kitabnya, al-Quran.. Banyak yang kita ambil mudah dan remeh dalam hidup kita ni, walhal ia sangat penting..

Mana2 harakiyy Islamiyy tak kisah, andai metod gerakan itu sesuai dengan diri.. Matlamat semua gerakan jemaah adalah satu.. Ke arah keredhaan Allah.. Di sini aku menjadi seorang yang bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar.. Aku telah dipilih oleh Allah untuk berada di medan ini sejak pertengahan 2008.. Bagi diriku, KPIJ-PKPIM-ABIM-WADAH adalah wadah terbaik buat diriku bertatih dan berlatih menjadi seorang Da'ie.. Da'ie kepada diri sendiri, keluarga, sahabat, saudara dan masyarakat..

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian.” [Muhammad (47):7]

ALLAH S.W.T. juga berfirman:
”Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang mengajak kepada kebaikan Islam) serta menyeru kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang beruntung ” [Ali-Imran (3): 104]

RASULULLAH S.A.W. bersabda:
"Siapa saja yang menyeru manusia pada petunjuk (Islam), dia pasti akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala yang diperoleh orang yang mengikuti petunjuk itu tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya."
(HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud, At Tirmidzi, an Nasa’I dan Ibn Majah)


Jom ke USRAH!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails