Tuesday, 14 December 2010

Koreksi Diri..

Bismillahirrahmanirrahim...

Semakin hari, semakin banyak lah lecture notes yang perlu ditelaah.. Hari ni saja, tambah lagi 3 notes.. Microbiology tadi pagi telah pun bermulanya sesinya bersama Dr. El-Amin, lecturer dari Mesir.. Oleh sebab aku telah ditaklifkan sebagai PIC, aku perlulah bertidak untuk meenyediakan nota2 fotokopi untuk sahabat2 RX9.. Kredit kepada Hanafi Naip kerana memudahkan urusanku untuk nota subjek ni.. Saham dunia akhirat, InsyaAllah.. Kredit juga kepada Raja Zaiful yang tolong mendapatkan link untuk khidmat fotokopi dengan harga yang berpatutan.. Sape yang tak nak.. Hehehe..

Batch RX9 Pharmacy

Habisnya kelas Microbiology tadi, bersambung pulak kelas BioChem, Dr. May.. Sekadar menyentuh tajuk Amino Acid yang ada 91 slides, dapat sentuh beberapa je.. Sejam mana cukup habiskan tajuk tu.. Lepas tu pulak, kelas Dr. Mokhlesur yang berasal dari Bangladesh.. Bila cerita pasal Dr. Mokhlesur, teringat pulak aku kat subjek Islamic Input in Pharmacy yang dah pun dapat keputusannya yang kami belajar sem lepas.. Ramai yang dapat result yang agak teruk dalam subjek ni termasuk aku.. Walaupun lulus, tapi masih dikira teruk.. Bukan menyalahkan lecturer, tetapi sekadar muhasabah, kenapa subjek yang sepatutnya boleh score seperti subjek ni boleh lari dari target.. Mungkin ada yang boleh dikoreksi diri kami tentang apa yang kami peroleh.. Mungkin sifat kami, atau perkara2 yang dapat mengurangkan keberkatan dalam mendapatkan ilmu.. Semasa sem lepas, senior tahun 3 Farmasi juga baru ambil subjek ni.. Tetapi, ramai pulak yang dapat result yang bagus.. Kami pun pelik.. Berkatalah Dr. Mokhlesur pagi tadi.. Mungkin kerana subjek ni masih belum sesuai untuk kami2 tahun satu ni.. Kurang pengetahuan tentang subjek2 Farmasi katanya.. Entahlah~

Kulliyyah of Pharmacy

Dalam pukul 5 petang pulak, subjek UNGS, Knowledge and Civilization in Islamic Perspectives pun bermula.. Dr. Abdul Razak dari Ethiopia ataupun dikenali sebagai Habshah sebagai lecturer kami.. Beliau ni bekas pelajar IRK IIUM.. Sangat bagus cara beliau berinteraksi dengan pelajar.. Keletah beliau yang suka bergurau buat kami rasa segar dari awal hingga habis kelas..

Hmm.. Apa yang paling bermakna, yang aku rasa tadi, itulah salah satu yang buat aku bersemangat.. Apa yang diperkatakan oleh Prof Noriah kepadaku ada betulnya.. Prof. Noriah, lecturer yang telah mengajar kami subjek Physiology.. Bersungguh-sungguh mengajar kami sem lepas.. Tetapi, mungkin kerana usaha kami yang kurang daripada sepatutnya, keputusan subjek itu pun kurang memberangsangkan.. Selain daripada kata2 berapi dari beliau, diberikan juga kata2 semangat supaya aku dapat buat yang lebih baik pada sem ni.. Tak mustahil jugak, bahawa CGPA boleh meningkat.. InsyaAllah..


Pada kali ni juga hendak kukongsikan firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 28:

"Tidakkah kamu memperhatikan orang2 yang telah menukarkan nikmat2 Allah dengan ingkar kepada Allah dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?"

Apabila nikmat yang Allah kurniakan kita kufur, maksudnya kita tak bersyukur atau menghargainya, seperti Firaun yang mengaku dirinya Tuhan, ataupun Qorun yang tamak dengan harta, maka itu semua boleh menjerumuskan diri dan orang lain kepada kehancuran.. Apabila kita bersyukur, pasti Allah akan tambah nikmat, tetapi apabila kita kufur nikmat, azab-Nya amat pedih.. MasyaAllah.. Itulah antara janji2Nya yang telah termaktub lebih 1400 tahun yang lalu dalam Kalam-Nya.. Moga2 kita termasuk dalam kalangan hamba2Nya yang bersyukur..


3 comments:

Mohd Naqib bin Mazlan said...

puad dean list!!! ce wah

cha'a said...

tahniah~~

tgk gmba tu, rse teringin nk g tgk kampus kuantan.. :)

sYaFuaD said...

Naqib@ amin.. Sem dpan insyaAllah.. Hehe..

Cha'a@ thanks.. Jom la dtg kuantan.. =)

Related Posts with Thumbnails