Monday 13 December 2010

Wahai Result Sem 1, BioChem, Organic Chem..

Bismillahirrahmanirrahim..

ORGANIC CHEMISTRY (4 credit hours)
PHARMACEUTICAL MICROBIOLOGY (4 credit hours)
MEDICAL BIOCHEMISTRY (3 credit hours)
FUNDAMENTALS OF PHARMACOLOGY (3 credit hours)
PHARMACEUTICAL ANALYSIS I (3 credit hours)
UNGS 2040K (3 credit hours)
STUDY CIRCLE 2 (0.5 credit hour)

Wah3..
Subjek2 untuk sem ni sangat2 mantap.. Terutama Organic Chemistry dan BioChem.. Rasa cuak pun ada.. Rasa teruja dan risau pun ada.. It's going to be much2 tougher than last sem.. But, somehow, kena betul2 serius dalam sem ni.. Walaupun dah usaha habis, tapi, result sem lepas tak tinggi mana.. Tapi, Alhamdulillah, semua lulus.. Andai tak lulus, kena repeat pulak..


Baru2 ni, aku baru ditaklifkan dalam 2 position.. AJK KPIJ Kawasan Tanjung Puteri dan PIC subjek Microbiology.. Taklifat yang pertama tu, InsyaAllah akan bersama-sama sahabat KPIJ yang lain.. InsyaAllah, tak ada masalah.. Taklifat yang kedua, hmm.. Sebenarnya, dah pernah pegang sbg PIC subjek UNGS (Islamic Worldview).. Tapi, tak apalah.. Kena lebih aktif la sem ni.. Hehe.. Haa.. Lupa pulak.. Selain tu jugak.. Masa akhir sem lepas abang2 taklifkan aku jadi S/U usrah mingguan brothers dalam PKPIM Kuantan.. Harap2 tiga2 taklifat ni, dapat aku jalankan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.. InsyaAllah..

Pagi tadi, bermulalah lecture pertama untuk sem 2 ni..

Subjek Organic Chemistry.....

Fuhhh!!!
Dah mula lah ke'tough'an yang kami akan rasai di Kuliah Farmasi ni.. Bukan calang2 subjek.. Teringat pulak kepada Mdm Nik Rahmah yang pernah mengajar di CFS IIUM Petaling Jaya dulu.. Terima kasih kpd Mdm yang telah menyuntik semangat kami dalam subjek Organic Chem ni.. Subjek yang susah pun jadi best.. Sebenarnya, Organic Chem antara subjek yang agak mencabar..


Dr. Qamaruddin Ahmed, dari New Delhi, India.. Beliaulah pensyarah yang mula2 menjejakkan kaki ke dalam Auditorium kuliah pagi tadi.. Kata beliau, Organic Chem bidang yang beliau cinta.. Sampai waktu tidur pun, Organic Chem pun penuh dalam fikiran beliau.. Hahaha.. Tapi, apa yang kami belajar di CFS rasanya x sampai 5 % apa yang kami akan belajar dalam sem ni.. Huh..
Mana taknya, baru belajar basic compounds macam Ketones, Aldehydes, Alkanes, Alkenes, Amides, Amines dan lain2.. Nak jadi Pharmacist Officer mestilah master dalam bahagian ni.. Antibiotic, Acetaminophen, Aspirin, Adrafinil.. Semua tu berkait rapat dengan subjek ni..

Subjek Medical Biochemistry.....

Dengar2 daripada pelajar Medik yang dah belajar sebelum ni, subjek ni sangat 10x susah.. Dr. May Khin Soe dari Myanmar yang akan mengajar subjek ni.. Tadi pagi pun, adalah sentuh sikit2 subjek ni.. It's all about the processes which are happening in our body.. But, it's all Chemistry things.. Jadi, sentuh lah Amino Acid, Glucose,Vitamins and so on.. Walaupun Dr. May sendiri akui subjek ni adalah yang tersusah untuk sem ni, tapi, Dr. May kata, sem2 depan akan lebih susah dengan subjek yang lebih tough.. Subhanallah.. Tak ada yang senang dalam dunia ni kalau nak berjaya..

Apa2 pun, selepas sebulan tinggal buku2 berkaitan Farmasi ni, minggu ni dah mula pegang balik.. Mohon doa sahabat2 supaya kita sama2 dapat menjalani hari2 di dunia universiti ni dengan gembira dan bersama kejayaan.. Di samping itu jugak, Hidup Biar Berjasa.. ^_^

_____________________________________________________

Teruja dengan khabar bahawa filem Dalam Mihrab Cinta akan ditayangkan di Indonesia 23 Disember ini.. Sangat2 minat cerita filem dakwah seperti Ketika Cinta Bertasbih ini.. Pengarahnya, Habiburrahman El Shirazy sendiri..


Sinopsis atau ringkasan cerita film 'Dalam Mihrab Cinta' :

"Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, dimana kejadian tersebut membuat mereka menjadi dekat.
Di pesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah."

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? Jangan lewatkan film 'Dalam Mihrab Cinta', sebuah karya besar Habiburrahman El Shirazy ini yang akan hadir di bioskop mulai tanggal 23 Desember 2010.

Sumber: http://www.filmdalammihrabcinta.com/

Siapa yang pernah menonton Ketika Cinta Bertasbih 1&2, mungkin sudah mengenali pelakon2nya..

* Dude Harlino sebagai Syamsul Hadi
* Asmirandah sebagai Silvie
* Meyda Sefira sebagai Zizi
* Tsania Marwah sebagai Nadia
* Boy Hamzah sebagai Burhan
* El Manik sebagai Pak Bambang
* Ninik L Karim sebagai Bu Bambang

0 comments:

Related Posts with Thumbnails