Thursday 16 December 2010

Bu@h H@tiku Duni@ & @khirat

Bismillahirrahmanirrahim..

Yaie, Bonda dan Nyaie

Baru sahaja selesai membaca post sahabatku, Marzuqi.. Andai dia merindui bondanya yang sudah lama tidak bersua, aku rindu pada bondaku walaupun baru berpisah dengannya 5 hari.. Ya Allah, tak tergambar rindunya.. Saat berpisah, untuk aku menuntut ilmu di UIA, aku rasa sebak dalam hati.. Aku rasa sedih.. Dia sajalah bondaku dunia & akhirat.. Syurgaku ada di bawah telapak kakinya.. Tiada siapa yang boleh menggantikannya..

Walaupun aku banyak buat silap dengan bonda, tapi bonda tak pernah ambil hati.. Aku pernah merajuk, bonda jugak yang pujuk.. Dimasakkan apa yang aku suka.. Kadang2 aku terfikir, kejayaan aku selama ni, adakah untuk aku atau bonda.. Bonda tak mengharapkan apa2.. Yang penting, doa dan jadi anak yang soleh, itu saja yang bonda minta.. Bila esok aku ada kuiz atau exam, aku telefon bonda..

"Ma, doakan Ad, esok Ad ada kuiz.."
"Mama sentiasa doakan Ad.. Setiap masa.."

Itulah yang selalu bonda jawab bila aku minta doa dan restunya.. Kata-katanya itu buat aku tak jemu untuk aku dengar.. Walaupun perkataan2 itu yang akan aku dengar berulang kali sampai aku mati.. Aku nak dengar kata2nya itu walau sampai aku dah ada cucu sekalipun.. Semoga bonda panjang umur, Amin..Pernah aku mengambil keputusan yang sukar sebelum ini.. Semua demi bonda.. Aku sanggup berkorban demi bonda..


Bonda sajalah permata yang aku ada setakat ni.. Result aku yang sekadar atas pagar sem lepas, aku rasa sedih dan kecewa dengan diri aku.. Itu bukan result yang nak aku hadiahkan untuk bonda.. Aku tak nak bonda kecewa dengan diri aku.. Aku sedar, aku perlu kerja lebih kuat untuk meningkatkan CGPA.. Aku perlu koreksi diri aku semula.. Aku tak nak bonda kecewa.. Walaupun aku ni bukanlah seperti Albert Einstein ataupun Ibnu Sina, tapi, aku tak nak gagal dalam mendapatkan apa yang aku nak capai..

Bonda yang aku sanjung..
Awal2 subuh lagi bonda dah pun hilang dari pandangan aku, keluar mencari rezeki..
Balik waktu Maghrib.. Selain daripada bekerja waktu tu, bonda jugak ambil upah menjahit.. Sejak abah pergi selama-lamanya, bonda lebih kuat bekerja.. Itulah bondaku sayang.. Ibu yang menyayangi kami selama ini..

Abah aku Allah dah jemput untuk jumpaNya.. Aku masih rasa rindu kat abah.. Takkan putus rasa itu.. Aku masih teringat saat jenazah abah yang telah berkafan terlantar di atas tilamku.. Pada saat itu, bonda menunjukkan rasa kuat dan tabah lahir daripada air mukanya.. Tetapi saat itu aku tahu, bonda sedih sangat2, kekasih hatinya dijemput Illahi.. Ad tahu, bonda..


BONDA,
Bondalah buah hatiku dunia & akhirat..
Bondalah permata dan berlian dalam pandangan mataku..
Bondalah kekasih awal dan akhirku..
Bondalah seorang insan yang mulia..
Bondalah insan yang paling aku sayang..
Bonda, Aku SAYANG dirimu..

2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

sheikh,la tahzan..Allah suka org yg kuat. Islam perlukan rijal yg kuat. Negara perlukan rakyat yg kuat..sinari duniamu dgn pelangi ye.=)

sYaFuaD said...

Syukron, akhi.. insyaAllah.. Doakan ana ni ye..

Related Posts with Thumbnails